Monday 7 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani …

Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah . Ramadhan ke-9 uolls ! hehe … Hari ini ana sahur maggi 2 bungkus (pemberian kak sya & kak e’ein) . Sebenarnya daripada dua hari lepas terasa nak menjamah maggi memandangkan memang untuk makanan pevret . Apakan daya disebabkan kesan segera pabila makan mi segera , ana terpaksa tangguhkan dan akhirnya hari ini ana tak tahan .  I want to eat maggi! Haha .. Harapan 2 bungkus tu cukup la buat ana bertahan puasa sepanjang hari ini . Ya la .. maggi kan tidak elok untuk kesihatan . Manalah tahu tiba-tiba sakit perut .

Hari ini ana tidak terlajak Subuh lagi . Yay !  Selepas subuh , ana ambil masa untuk  tidur sebentar . Tengah hari ana dah mula berkemas . Seronok aih rasa nak balik rumah . Dalam masa yang sama , ana rasa syukur atas kekuatan yang Allah beri pada ana . Ana sungguh tidak sangka akan terus bertahan untuk menjawab kertas peperiksaan sehingga akhirnya . Hampir ana berputus asa dengan ujian dunia belajar ni . Kemas punya kemas .. Ana tak perasan pula terbungkus sekali dengan buku dan nota untuk kertas peperiksaan terakhir Khamis ini . hehe …  Nasiblah tak bungkus habis , boleh cari semula .

Hari ini hanya mengemas dan mentelaah ala-ala sahaja . Tiada mood lagi untuk fokus . hehe … Harap tidaklah berpanjangan kelekaan ini . Hari ini ana tidak bercadang untuk ke bazar memandangkan ana pun tidak merancang untuk beli juadah berbuka .  Jam 6.45 petang ana mula membancuh tepung untuk masak cekodok . Cukuplah itu sebagai juadah berbuka puasa ana . Alhamdulillah kenyang juga .. Ini rezeki , Allah yang bagi .. Syukurrr ..~~

Alhamdulillah hari ini dapatlah merasa bertarawikh di Masjid Selat . Ana pergi ke sana menaiki satu kereta bersama kak sya , kak zati , kak fin dan dek naziha . Di sana , mereka laksanakan 8 rakaat tarawikh dan 3 rakaat witir . Imam bersilih ganti dengan bacaan yang panjang . Namun , tidak terlintas di kepala kami  merasa penat dengan solat jemaah di sana walaupun bacaan imam agak panjang . Seronok beramal di bulan barakah barangkali . InShaaAllah semoga perasaan kami ini berkekalan hingga ke penghujungnya .

Pulang ke rumah , ana sempat menjamah baki juadah berbuka tadi . Sebelum tidur , ana rancang untuk mentelaah satu dua bab subjek terakhir ini agar tidaklah kelam kabut ana menghabiskannya esok dan lusa . Sebelum berakhir , suka untuk ana kongsikan url video dakwah Islamik .

http://www.youtube.com/watch?v=LWsuVyUYCa0


Selamat menonton ! Sehingga berjumpa lagi . Fi hifzillah . Assalamualaikum wbt J

No comments:

Post a Comment