Wednesday 2 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 03

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi .. dengan limpah kurnia-Nya , ana dapat bertemu Ramadhan ketiga buat tahun ini . Sahur tadi ana hanya menjamah tiga keping roti  butterscotch Gardenia dan segelas air . Alhamdulillah cukup buat ana bertahan sehingga waktu berbuka nanti . Pagi  ini ana bakal duduki kertas peperiksaan Human Resource Development (HRM549) . Cuak ada risau ada sedikit takut pun ada .. Gelisah ana dek lemahnya otak untuk menghafal . Doa-doa dalam hati semoga dipermudahkan urusan ana hari ini .

Hari ini , dalam rumah ini , yang bakal menduduki kertas peperiksaan berjumlah 3 orang . Kak laila , adik naziha dan ana . Adik naziha pergi dahulu manakala ana dan kak laila bergerak seiring . Namun , kami berpisah di hadapan bangunan UiTM Bandar Melaka kerana kak laila bakal duduki di bangunan sebelah UiTM . Ucapan semoga berjaya sama-sama dihulurkan .

Alhamdulillah termakbul doa ana . Terima kasih Allah . Terima kasih pada yang mendoakan kejayaan ana di sini , di dunia dan di akhirat . Dipermudahkan urusan , ana dapat menjawab dengan tenang . Betul atau salah , ana serahkan pada Allah . Ana sudah usaha dan ana tawakal . Ada juga soalan yang ana was-was namun ana gagahkan diri perah otak untuk tidak biarkan kertas soalan ana kosong . Pada hemat ana , sekurang-kurangnya nanti ada markah tambahan istimewa atas usaha ana tu . hehe…

Sesudah menjawab soalan , ana bergerak ke The Store . Rancangan ana untuk masak sup ayam hari ini . Meredah hujan . Mujurlah ana pakai sweater . Biar basah badan jangan , jangan basah kepala . Boleh migrain wooo ~ Kononnya beli barang-barang untuk masak sup ayam , akan tetapi memandangkan tiada ayam segar di sana , ana switch plan to sup sayur . Backup plan beli tepung . Manalah tahu tengah-tengah malam kelaparan , boleh masak cekodok . hehe .. Sekembali ke kolej , cuaca kembali terik . Sempatlah kering sedikit pakaian yang basah tadi . Wee~ J

Hari ini tidak rancang untuk ulangkaji sebarang subjek . Kebiasaan pada selepas menduduki sebarang kertas peperiksaan pada satu-satu hari , ana hanya luangkan masa untuk berehat . Memandangkan gap untuk kertas seterusnya ada 2 hari , tidak salah rasanya . Namun , misi membersihkan dan menyusun atur dokumen di dalam laptop kesayangan dijalankan . Dokumen yang diletakkan di dalam folder secara random disusun semula .

Jam 3 petang , ana dapat pelawaan dari seorang kawan untuk sama-sama sertai majlis berbuka puasa dengan rakan sekelas . Mulanya ana tolak pelawaan tersebut memandangkan ana sudah rancang untuk masak dan barang-barang juga sudah dibeli . Akhirnya pada jam 5 petang , ana mendapat pelawaan yang sama daripada seorang teman yang lain , ana terima dan kami bergerak sama-sama ke Restoran Infasha Maju pada jam 6:50 petang .

Alhamdulillah .. walaupun dah langgar diet puasa (hehe..) , syukur kepada Allah ada yang bermurah hati untuk belanja kami makan . Semoga Allah murahkan rezeki beliau . Amin …  Ana berundur lebih awal untuk solat Maghrib di surau AYAM . Alhamdulillah diberi kesempatan untuk luangkan masa dengan mengaji menjelang Isyak dan tarawikh .  Sebelum memulakan tarawikh , tazkirah ringkas Ramadhan disampaikan . Terlalu cepat “imam muda” ini lafazkan , namun sebaris ayat yang menangkap perhatian ana ialah :

         “Sesiapa yang memberi makanan dan minuman kepada orang yang berpuasa , 
                 Allah akan berikan ganjaran minuman dari Telaga Nur di mana orang 
           tersebut tidak akan berasa dahaga lagi selepas seteguk minuman sehingga dia
                                         dimasukkan ke dalam syurga ..”

Ana tidak pasti jika ini adalah sebahagian daripada hadis atau riwayat sahabat . Yang pastinya tazkirah ini memberi kesan kepada ana . Oh ya , hari ini ana tidak tarawikh bersama-sama kakak-kakak yang lain . Kak e’ein , kak mila dan kak laila mereka tarawikh di Masjid Al-Azim memandangkan mereka terus berbuka di sana manakala yang lain berbuka di rumah sahaja . Sekembali daripada tarawikh , rancangan ana untuk meneruskan misi pembasmian lappy . haha ..

                Rancangan sahur ana esok untuk masak sup sayur tu .. risau kubis bunga tu akan cepat rosak kerana kami tidak ada peti ais .InShaaAllah bangun awal . Suka untuk ana kongsikan tentang nasihat daripada seorang kakak; kak mila tentang “Berhijrah”. Sebenarnya beliau berikan nasihat kepada adik naziha yang menuntun motivasi daripada beliau . Ana cuma menumpang dengar sahaja . Namun nasihatnya terkesan di hati ana . Katanya …

“Nak berubah jadi baik ni memang banyak ujiannya . Sebab tu kena istiqamah . Nak berubah ni bukan senang . Nak tengok kawan-kawan kita boleh terima ke tak .. “

Sebelum tamat ,  suka untuk ana kongsikan satu video teladan untuk semua . Ana kongsikan url dan selamat menonton !

http://www.youtube.com/watch?v=hzPAEe_cmFE


Sehingga bertemu lagi ya .. Fi hifzillah . Assalamualaikum wbt  J

No comments:

Post a Comment