Wednesday 2 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 04

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bertemu Ramadhan keempat . Sahur hari ini hanya tiga keping roti butterscotch Gardenia . Tidak sedar dengan bunyi alarm untuk bangun lebih awal untuk masak sup sayur seperti yang sudah dirancang . Sebelum sahur , sempat juga membelek plastik barangan , Alhamdulillah sayur dan barang-barang lain baik-baik sahaja . hehe ..

                Pagi ini ana tidak berapa sihat . Masih sakit perut . Sejak sekembali daripada tarawikh lagi . Masya Allah . Harap-harap ini hanyalah ujian untuk ana kuat dan teruskan misi Ramadhan kali ini . Amin … Hari ini ana terlajak Subuh :’( sebabnya ana tidur selepas sahur (untuk redakan sakit perut menjelang tunggu azan) tapi terlajak hingga pagi .. urm .. sedih laa..

                Pagi ini tidak lain dan tidak bukan misi mentelaah buku pula dijalankan . Melipat baju pada tengah harinya . Dan memasak pada sebelah petang . Alhamdulillah juadah berbuka ana mendapat pujian dan sambutan . hehe .. seronok lagi ~ Hari ini juga ana tidak join kak e’ein , kak laila dan adik naziha ke surau Pengkalan Rama . Mereka bertolak ke sana selepas berbuka . Ana pula rancang solat di surau AYAM sahaja memandangkan mandi pun dah lewat , Isyak pun di rumah sahaja .

                 Selepas masing-masing habis berbuka , kak mila sempat berkongsi satu kisah Rasulullah SAW yang sangat sabar menempuh ujian LAPAR . Ana tak sempat mendengar kisah pada mulanya . Namun sempat ana mendengar ..

"Rasulullah sanggup mengikat dua biji bata di perutnya semata-mata untuk mengaburkan pandangan sahabat-sahabat . Baginda juga lapar dan tidak sihat . Namun Baginda diamkan sahaja dan bersabar . Para sahabat mengadu kepada Rasulullah , 'Ya Rasulullah , kami lapar'.  'Sabar,' jawab Rasulullah . Para sahabat setelah itu terdiam apabila mereka menyelak pakaian baginda dan terlihat dua biji bata sedangkan mereka hanya mengikat satu biji sahaja .."

                  Inilah satu sebabnya ana suka duduk di rumah ini . Ceria dan 'berisi' . Ada sahaja cerita yang mereka kongsikan .  Masa berbuka , ada lauk-pauk yang dijual di bazar yang tak pernah ana kenali juga diperjelas oleh kakak-kakak sekalian . Banyak ilmu baru ana dapat ketika bersama mereka . Pasti rindu suasana ini nanti .. urm ..

                Hari ini ana hilang tumpuan sedikit terhadap pengisian tazkirah sebelum sesi tarawikh . Maafkan ana tidak dapat berkongsi dengan kalian . Namun , suka ana kongsikan pengalaman solat tarawikh di sana . Ana sukakan suasana di mana imam bersilih ganti . Daripada situ , ana dapat lihat rupanya ramai dalam kalangan kita berpenampilan biasa tapi beragama . Ana suka dan tertarik dengan personaliti yang mereka bawa . Rata-rata di kalangan mereka hanya kaum mukmin yang biasa kita lihat seharian . Tidak memberi pandangan selekeh mahupun awesome . Biasa-biasa sahaja . Solat ana bertambah indah pabila diimamkan dengan alunan ayat Al-Quran yang cukup merdu J
           
               Sekembali ke kolej , ana kelaparan . Apa lagi .. jamu lagilah lebihan juadah berbuka tadi . Daapt sambutan wa cakap lu .. haha .. Makan bersama adik naziha . Suka dia . Katanya rasa macam KFC . Yang kak mila pula katanya macam mashed potato KFC yang bahagian atas tu .. haha .. kelakar tapi menerima positif pujian tersebut . Biasa-biasa aja laaa ..

                Malam ini meneruskan misi mentelaah buku ilmu . Alhamdulillah entah kenapa ana dapat rasakan mudahnya otak ini menerima ilmu . Dipermudahkan mengingat dan menghafal . Ini kerja Allah . Tak sampai satu jam , ana dapat habiskan membaca dan memahami serta InShaaAllah menghafal fakta 2 bab . Syukur ! Bayangkanlah kalau nak dibandingkan dengan kelmarin . 8 jam untuk 1 bab sahaja . Nauzubillah .. Seksa tu jangan cakap la . Ana syukur , Allah tolong ana . Yay!! :)

                Sebelum ana akhiri kamus Ramadhan 1435H – hari keempat kali ni . Jom sama-sama kita tonton video Islamik bertajuk “Ikhtilat” . Semoga memberi manfaat kepada kita semua . Wallahualam .

http://www.youtube.com/watch?v=t5kQL1ghDww

Semoga bertemu lagi . InShaaAllah . Assalamualaikum wbt .


No comments:

Post a Comment