Friday 11 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 11

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani …

                Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah bertemu Ramadhan 11 . Hari ini bersahurkan 3 keping roti disapu jem pandan . Roti wakaf adik naziha .. hehe … J Selepas Subuh , ana bersengkang mata sebentar untuk mentelaah sebahagian ilmu untuk kertas peperiksaan terakhir esok , Labour Law (HRM582) . Hari ini ana rancang untuk menghabiskan semua bab mata pelajaran tersebut . InShaaAllah tengoklah mana yang termampu . Tambahan , ana nak tolong bersihkan rumah untuk clearance Sabtu ini yang tak dapat ana turut serta memandangkan ana pulang ke rumah lebih awal daripada yang lain .

                Selepas merehatkan mata , ana bersiap untuk melihat-lihat dan bertanya khabar handphone ana yang sudah masuk ‘bengkel’ sejak minggu lepas lagi . Tengah hari itu juga , ana ke bank urusan dengan ukhti ana . Risau juga mengenangkan ujian di bulan Ramadhan ini .  Handphone 2 kali rosak , sandal berganti sandal (2 la jadinya dalam masa tak sampai 3 hari) …

Hari ini ana diuji pula dengan beruk-band ana yang tak boleh diguna (bukan kerana tidak bayar bil) . Entah apa yang hendak Allah sampaikan pada ana . Masih tertanya-tanya . Di kotak fikiran ana hanya memikirkan ujian sabar dan kafirah dosa . Tambahan lagi , selepas pulang dari bank .. setiba sahaja di rumah , ana tukar simkad telefon bimbit ana tu .. Ya Allah Ya Tuhanku .. Ujian bertambah lagi bila simkad tu tak boleh diguna lagi . (Dah kenapa?) Simkad Maxis Youth Club , sepatutnya tamat servis tahun 2017 (ketika ana berumur 25 tahun) . Patutlah tak boleh hantar mesej . Rupa-rupanya bakal ditamatkan servis pada 27 Oktober 2014 . (Gila apa .. sedikit bengang di situ .. urm ..)

Buka hari ini , ana cuma kirim laksam pada Kak Tira . Mereka ke Bazar Peringgit . Suka benar ke sana . Besar , banyak pilihan juadah . Harga juga berpatutan . Laksam Peringgit lebih banyak kuantitinya berbanding di Taman Cempaka . Rasanya ana ada maklumkan pada sahabat tentang ini di entri yang lepas kan ? J

Waktu malam , ana tidur lebih awal . Petang tadi pun dah berkemas sedikit . Badan letih , otak pun letih . hehe .. InShaaAllah kita jumpa lagi di entri seterusnya okay? Sebelum tamat , ana kongsikan url video yang lain . Selamat menonton .



Sehingga bertemu lagi . Fi hifzillah . Aminn . Assalamualaikum wbt J

Tuesday 8 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 10

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah Ramadhan 10th day . Hari ini hanya bersahurkan scrumble Famous Amos . Segelas yang terakhir . InShaaAllah cukup untuk berpuasa sepanjang hari . Selepas sahur , tidur sebentar dan … :’(

Hari ini tidak banyak yang ana lakukan . Mentelaah beberapa slides untuk kertas peperiksaan terakhir Khamis petang ini . Sangka ana dulu subjek Labor Law ini adalah killer subject . Subhanallah , sangkaan ana meleset . Sebenarnya tidaklah sesusah yang disangka . ‘Subjek pembunuh’ sebenarnya HRM549 & HRM542 . huhu … Seperti biasa sebelum ulangkaji , ana akan selak set soalan semester yang lepas . Alhamdulillah , dengan ingatan dan fokus di dalam bilik kuliah (tanpa merujuk slide lagi) , ana mampu menjawab soalan-soalan tersebut . Apa-apa pun ana perlu ulangkaji juga untuk memantapkan lagi pengetahuan dan skill menjawab soalan nanti .

Hari ini tidak ke bazar dan hanya kirim pada kak tira untuk belikan laksam . Alhamdulillah rezeki ini Allah bagi . Sedap dan banyak kuantitinya berbanding laksam yang dijual di Bazar Taman Cempaka . Tambah ana mahu beli sayur sebagai supper nanti tapi tak mengapalah . Hari ini kak tira , kak fin , kak sya dan kak e’ein ke Bazar Peringgit .

Di sebelah malamnya , ana bertarawikh ke surau AYAM . Alhamdulillah kali ini ana sudah dapat lihat wajah si imam muda yang buat ana jatuh cinta dengan alunan bacaan ayat Al-Quran beliau . Subhanallah Maha Suci Allah , setiap kejadian itu ada hikmahnya . Walau kadangkala diimamkan dengan bacaan yang agak panjang , namun kerana tertarik dengan bait-bait ayat suci kalam Allah , ana tidak berasa jemu malahan juga tidak berasa penat untuk solat berjemaah di sana .

Malam ini tidur lebih awal . Esok rancangan ana untuk mengemas sedikit dan membasuh bilik air . Almaklumlah ana pulang lebih awal daripada isi rumah yang lain nanti . Segan pula sebelum keluar , tidak berbuat apa-apa untuk clearance kan ? Memang di rumah pun , memang itu bidang kerja ana .. membasuh bilik air … hehe .. :)

Seperti biasa , ana kongsikan url video dakwah Islamik  untuk tontonan semua . Yang baik jadikan teladan , yang tidak / kurang baik jadikan sempadan . 
                 
                 “Best Friend Till Jannah”



Sehingga bertemu lagi . Fi hifzillah . Assalamualaikum wbt :)

Monday 7 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani …

Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah . Ramadhan ke-9 uolls ! hehe … Hari ini ana sahur maggi 2 bungkus (pemberian kak sya & kak e’ein) . Sebenarnya daripada dua hari lepas terasa nak menjamah maggi memandangkan memang untuk makanan pevret . Apakan daya disebabkan kesan segera pabila makan mi segera , ana terpaksa tangguhkan dan akhirnya hari ini ana tak tahan .  I want to eat maggi! Haha .. Harapan 2 bungkus tu cukup la buat ana bertahan puasa sepanjang hari ini . Ya la .. maggi kan tidak elok untuk kesihatan . Manalah tahu tiba-tiba sakit perut .

Hari ini ana tidak terlajak Subuh lagi . Yay !  Selepas subuh , ana ambil masa untuk  tidur sebentar . Tengah hari ana dah mula berkemas . Seronok aih rasa nak balik rumah . Dalam masa yang sama , ana rasa syukur atas kekuatan yang Allah beri pada ana . Ana sungguh tidak sangka akan terus bertahan untuk menjawab kertas peperiksaan sehingga akhirnya . Hampir ana berputus asa dengan ujian dunia belajar ni . Kemas punya kemas .. Ana tak perasan pula terbungkus sekali dengan buku dan nota untuk kertas peperiksaan terakhir Khamis ini . hehe …  Nasiblah tak bungkus habis , boleh cari semula .

Hari ini hanya mengemas dan mentelaah ala-ala sahaja . Tiada mood lagi untuk fokus . hehe … Harap tidaklah berpanjangan kelekaan ini . Hari ini ana tidak bercadang untuk ke bazar memandangkan ana pun tidak merancang untuk beli juadah berbuka .  Jam 6.45 petang ana mula membancuh tepung untuk masak cekodok . Cukuplah itu sebagai juadah berbuka puasa ana . Alhamdulillah kenyang juga .. Ini rezeki , Allah yang bagi .. Syukurrr ..~~

Alhamdulillah hari ini dapatlah merasa bertarawikh di Masjid Selat . Ana pergi ke sana menaiki satu kereta bersama kak sya , kak zati , kak fin dan dek naziha . Di sana , mereka laksanakan 8 rakaat tarawikh dan 3 rakaat witir . Imam bersilih ganti dengan bacaan yang panjang . Namun , tidak terlintas di kepala kami  merasa penat dengan solat jemaah di sana walaupun bacaan imam agak panjang . Seronok beramal di bulan barakah barangkali . InShaaAllah semoga perasaan kami ini berkekalan hingga ke penghujungnya .

Pulang ke rumah , ana sempat menjamah baki juadah berbuka tadi . Sebelum tidur , ana rancang untuk mentelaah satu dua bab subjek terakhir ini agar tidaklah kelam kabut ana menghabiskannya esok dan lusa . Sebelum berakhir , suka untuk ana kongsikan url video dakwah Islamik .

http://www.youtube.com/watch?v=LWsuVyUYCa0


Selamat menonton ! Sehingga berjumpa lagi . Fi hifzillah . Assalamualaikum wbt J

Sunday 6 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 08

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani …

Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah Ramadhan ke-8 . Sahur hari ini , ana makan LEMPENG ! Yay ! First time sebenarnya masak lempeng . hehe .. Alhamdulillah menjadi . Semalam kan ana masak cekodok untuk supper isi rumah . Sesudah masak cekodok , ana masaklah lempeng . Kan bancuhan lempeng lagi cair dari bancuhan cekodok . Sahur lempeng bersama inti pandan . It was marvellous!

Alhamdulillah hari ini tidak terlajak Subuh lagi . Jarum pendek hampir ke nombor 7 , kak e’ein tolong kejutkan dari tidur yang  lena itu untuk solat Subuh . Alhamdulillah .. Sesudah Subuh , ana sambung tidur semula . Rancang hari ini untuk habiskan baki bab yang belum ditelaah untuk  kertas peperiksaan Recruitment and Selection (HRM542).  Hari ini , satu rumah ana bakal duduki kertas peperiksaan pada masa yang sama cuma subjek berbeza . Astaghfirullah Al-Azim , cubaan bulan puasa .. punyalah mengantuk sampai terlentuk-lentuk ana menelan fakta buku setebal 766 halaman itu . Penyudahnya , ana ikhtiar untuk baca slides sahaja .

Subhanallah kertas peperiksaan hari ini berwarna hijau ya sahabat-sahabat sekalian . Kata orang warna menunjukkan tahap kesusahan , namun ana tak percaya . Kata kakak ipar ana – seorang pensyarah di kampus Segamat , warna tidak menjadi kayu ukur kesusahan . Dan apakan daya soalan hari ini punyalah susah . Semester 2 dahulu pernah tinggal satu soalan dengan markah 10 dan ana repeat L (tiada rezeki barangkali) . Kali ini ana tinggal 3 soalan dengan 10 markah setiap satunya . Ana tawakal , ana redha . urm …

Hari ini perancangannya untuk berbuka di luar . Alhamdulillah sebagai memori terakhir bersama isi rumah . Kami membeli juadah berbuka puasa di tempat berasingan iaitu AYAM dan Bazar Ramadhan Peringgit dan berbuka puasa di Dataran Pahlawan . Ber-picnic sangat tau .. Seronok . Kenangan terindah . InShaaAllah .. Jam 8.15 malam kami berpecah . Ada yang solat Maghrib di Masjid Selat dan ada yang terus pulang dan bersolat di rumah termasuklah ana J

Rancangan malam ini untuk kemas barang memandangkan hanya tinggal satu kertas peperiksasan sahaja lagi tapi nampaknya seperti ingin ditangguhkan niat ke esok hari . Mengantuk . Penat barangkali kerana memerah otak petang tadi . Seawal jam  11 malam , izinkan ana beradu dahulu ya . Sebelum tamat , suka untuk ana kongsikan sedikit kata-kata nasihat dari kak e’ein kepada kak mila yang sempat ana curi dengar .. (curi dengar perkara kebaikan , tak salah kan?)

“… Walaupun Allah tahu kita nak doa apa , kita nak apa , 
tapi Allah Maha Pendengar .. kau kena specific cakap apa
kau nak …”


InShaaAllah dipanjangkan umur bertemu lagi . Assalamualaikum wbt J

Kamus Ramadhan 1435H : Day 07

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani …

Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah Ramadhan ke-7 . Hari ini misi sahur adalah untuk menghabiskan 3 keping roti butterscotch . Yay ! Diminum bersama segelas Nescafe , angan-angan untuk berjaga selepas sahur untuk mentelaah buku . Ok . Itu ternyata angan-angan . Ana tidur selepas sahur dan terlajak Subuh lagi … Astaghfirullah Al-Azim L

                Hari ini misi mentelaah buku untuk kertas peperiksaan esok . Alhamdulillah dengan minda yang agak cerdas , kemampuan fizikal yang agak cergas , dapatlah ana mengulangkaji sedikit demi sedikit . Aktiviti mengulangkaji dimulakan pada jam 11 pagi hinggalah ke petang . Oh ya ! Ana curi masa satu setengah jam untuk tidur rehatkan badan . Ngehehe :p

                Juadah berbuka hari ini ana turut serta beli di Bazar Taman Cempaka seperti biasa . Juadah biasa . Kuey tiaw goreng yang diidam-idamkan sejak puasa kedua . Alhamdulillah dapatlah merasa . Setiba di bazar , memang melulu terus ke kedai yang menjadi target sejak puasa kedua tu . Sebagai lauk , ana beli ikan keli goreng seekor . Alhamdulillah buat penambah rasa , berbaloi-baloi … hehe ..

                Sesudah berbuka dan solat Maghrib di rumah , ana berkejar ke surau AYAM . Alhamdulillah dapatlah menempah saf pertama . Menjelang Isyak, dapatlah ana mentelaah beberapa slides yang ana bawa dari rumah sebagai persediaan kertas peperiksaan seterusnya . Seperti biasa , sebelum memulakan solat tarawikh , sedikit tazkirah disampaikan . Kali ini , ana tertarik di mana ..

“… Antara yang doa yang dimakbulkan ialah doa sebelum waktu berbuka …”

                Terdapat beberapa dalil sahih yang menyentuh tentang perkara tersebut . Tetapi ana tidak mendengar dengan jelas . Pulang dari tarawikh , ana menyambung ulangkaji sedikit dan beradu lebih awal .  InShaaAllah kita bertemu lagi esok hari dengan pengisian yang lebih menarik .

Assalamualaikum wbt J


Friday 4 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 06

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

Alhamdulillah . Yay ! Ramadhan ke-6 sudah .. Syukur . Syukur . Syukur ..

Hari ini sahur roti butterscotch lagi . Tinggal lagi 3 keping nak habiskan menjelang tamat tempoh . Kesimpulannya esok sahur pun makan roti lagi laa .. eheh .. sedap woo ~~ try la ..  Yang tak sedapnya , hari ini hari ketiga terlajak Subuh lagi .. haish . Konon habis sahur awal jam 5 pagi , nak tidur sebentar , bangun jam 6 pagi .. Ke laut leeerrr .. Nauzubillah teruk perangai anak dara sorang ni … ngee~

Petang ini ana bakal duduki kertas peperiksaan Entrepreneurship (ENT530) . Lemau ja rasa nak jawab  exam petang-petang ni . Paper will start at 2.45 pm . Bagi laluan mukmin Solat Jumaat . huhu .. Sementara itu , dah bangun jam 9 pagi .. ngeehehe ~~ ana ambil peluang kembali mengulang kaji baki 3 bab yang memang disimpan untuk dibaca hari ini . Ya Allah , ini kuasa Allah . Kemain laju otak ini menerima fakta yang ana kira dah tahap last minute . Sempat lagi me-revise bab-bab lain . Ya Allah , excited nya jangan cakap la . Amboi mak minah sayang .. ~~ haha

Hari ini ana masak murtabak maggi untuk juadah berbuka . Cadangnya nak masak cekodok . Tapi disebabkan menguruskan hal jualan di bawah kolej dan sibuk hal-hal yang tak dapat dielakkan , ana rasa tak cukup masa untuk bancuhan tepung . So, marilah sama-sama kita menjamah murtabak yang juga mendapat sambutan rakyat serumah ana . haha .. Seronok tahu tak ? Bukan seronok dapat pujian tapi seronok ada orang gembira makan masakan kita . Terasa dihargai sangat-sangat .. hehe .. ~ Sengaja ana buat dua trip murtabak . Satu ana bedal seorang diri , satu lagi dikongsi bersama-sama . Alhamdulillah , makanan yang dikongsi itulah yang buat kita cepat kenyang . hehe .. Bahagian ana pun ana sedekah pada kakak-kakak sekalian . wee~ J

Oh tadi , sekembali daripada dewan peperiksaan , ana terserempak dengan seorang junior dan sempat berborak tentang aktiviti tarawikh di Solat Faturrahman di Pengkalan Rama (setengah jam perjalanan kaki dari kolej) . Adik sayang mempelawa ana untuk sama-sama mengerjakan solat tarawikh di sana . Khabarnya sangat selesa dan tidak terlalu padat . Terdetik hati mahu ke sana malam ini . Akhirnya , keputusan telah dibuat .. Ana tumpang kak e’ein dan kak laila ke sana dan tidak seiring dengan adik Wani . Namun , kami masih juga dipertemukan di sana . Jodoh ! J

Sebelum bertolak (di antara masa selepas Maghrib & sebelum Isyak) , sempat ana berbual dengan kak mila . Alhamdulillah banyak ilmu baru yang dikongsi oleh kakak . Antaranya ialah :


    1. Mengikut mazhab Imam Shafi'e , bacaan Al-Fatihah seorang makmum adalah setelah selesainya imam meng-amin-kan bacaan Ummul Kitab beliau .
    2. Doa iftitah bukan rukun solat (ana tersalah pandang) . Maka , jika tidak sempat mengejar rakaat pertama dengan imam , hendaklah niat , mengangkat takbir dan terus mengikut pergerakan semasa imam .
    3. Bagi tujuan mengelakkan fitnah dan persepsi negatif rakyat negara asing ketika melancong ke luar negara atau menunaikan haji , hendaklah kita mempelajari mazhab di negara tersebut . Jika tidak membawa mudarat , laksanakan mazhab Imam Shafi'e seperti biasa .
Di Surau Faturrahman , jemaah laksanakan 20 rakaat tarawikh & 3 witir . Namun , ana dan seangkatan sahabat hanya laksanakan 8 rakaat sahaja tidak termasuk witir . Alhamdulillah pengalaman yang menarik . Ketika di berada di dalam surau , ana teringatkan surau di kampung dahulu . Hampir sama . Terasa jugalah diri ini berada di kampung seketika . hehe ..

Sekembali daripada tarawikh , ana masak cekodok ! Nak sangat daripada petang tadi . haha . Yang ini kelakar . Dah dibancuh hampir sebekas besar bancuhan tepung , baru ana perasan tak cukup minyak . Alhamdulillah ikhtiar membuahkan hasil , dapatlah ana jamu kawan-kawan dan isi rumah dengan hidangan supper tak seberapa tu . hehe .. Perut kenyang senang hati aw .

Malam ini ana tidak rancang untuk baca buku . Walaupun gap  untuk kertas seterusnya cuma 1 hari , pada hemat ana mahu berehat . Baiklah . Sebelum tamat , suka untuk ana kongsikan url video dakwah yang lain betajuk "Peluang Kedua" .

http://www.youtube.com/watch?v=7RzMAy0OZRc

Selamat menonton ! Assalamualaikum wbt J





Kamus Ramadhan 1435H : Day 05

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

Alhamdulillah .. syukur dipanjatkan ke hadrat Yang Esa kerana dengan izin-Nya , ana dapat bertemu Ramadhan kelima tahun ini . Hari ini juadah sahur seperti biasa . Hanya 3 keping roti butterscotch Gardenia dan air suam .  Hari ini hari kedua terlajak sahur .. Alahai .. Itulah padah tidur selepas waktu sahur .. urm .. L

Pengisian hari ini tidak berubah , tetap sama seperti hari-hari yang lain . Study lerrr .. hehe . Entah kenapa hari ini Allah sangat-sangat membantu ana untuk membaca , memahami dan menghafal dengan mudah . Masa yang berlalu terlalu lambat rasanya sehingga ana merasakan ini peluang dari Allah untuk manfaatkan masa tersebut dengan mentelaah inti pati subjek untuk kertas peperiksaan esok . Alhamdulillah . Ana sangat terkejut pabila selesai membaca 2 bab yang ana kira begitu banyak kandungannya , telah siap ana habiskan dalam masa hanya 1 jam . Subhanallah Maha Hebat percaturan Allah . Alhamdulillah . Seronok tau ? haha ..

Subhanallah hari ini otak segar la sangat mak ai . Hati terasa tenang saja untuk ulangkaji . Doa seorang mak barangkali ? hehe .. Terima kasih mak ! Dan doa dari sahabat mungkin ? Terima kasih wey ~! J Walau bagaimanapun , otak perlu juga masa rehat . Simpan 3 chapters untuk ditelaah esok selepas sahur . InShaaAllah .

Hari ini juadah berbuka beli di Bazar Taman Cempaka . Ana follow kak tira  and the geng . Kak mila , kak laila dan kak e’ein ke AYAM . Hari ini teringin sangat nak makan kuey tiaw goreng dengan ikan geli goreng berlada . Sedikit menyesal sebenarnya sewaktu berbuka dapat tahu ada lauk ikan keli yang lebih murah di bazar yang sama . Tapi memandangkan ana tidak tahu tempatnya , maka ana redha dengan rezeki yang ana dapat hari ini . Apa-apa pun lauk tu SEDAP ! Wee~~ J

Hari ini tarawikh di surau AYAM seperti kebiasaannya . Selepas Isyak , ana bertolak . Sedikit tazkirah Ramadhan daripada imam muda surau tentang kisah Rasulullah meng-amin-kan doa Malaikat Jibril . Sedikit perkongsian ..

Daripada Jabir bin Abdullah r.a., Nabi Muhammad SAW naik ke atas mimbar . Pada langkah pertama baginda mengucapkan “amin”. Dan setelah itu , Baginda naik ke langkah kedua dan Baginda mengucapkan “amin” . Dan pada langkah ketiga selepas itu juga , Baginda mengucapkan “amin.

Para sahabat bertanya kena, “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin wahai Rasulullah?”  Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Telah datang Malaikat Jibril kepadaku dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi , ‘ Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidakmemasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan, ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi , ‘ Hai Muhammad  , celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun tidak berselawat kepadamu dan katakanlah main!’ , maka kukatakan ‘Amin’.

Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu daripada tazkirah malam ini . Selesai tarawikh ana pulang ke kolej . Rancang untuk tidur sebentar , semoga jaga pagi ana boleh diisi dengan mengulang kaji . InShaaAllah . Alarm  sudah di-set . Harap-harap bangun la . Sebelum tamat , suka untuk ana kongsikan url video dakwah menarik ini .

http://www.youtube.com/watch?v=bFNEPK-n3Ac

Semoga bertemu lagi . Assalamualaikum wbt J



Wednesday 2 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 04

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bertemu Ramadhan keempat . Sahur hari ini hanya tiga keping roti butterscotch Gardenia . Tidak sedar dengan bunyi alarm untuk bangun lebih awal untuk masak sup sayur seperti yang sudah dirancang . Sebelum sahur , sempat juga membelek plastik barangan , Alhamdulillah sayur dan barang-barang lain baik-baik sahaja . hehe ..

                Pagi ini ana tidak berapa sihat . Masih sakit perut . Sejak sekembali daripada tarawikh lagi . Masya Allah . Harap-harap ini hanyalah ujian untuk ana kuat dan teruskan misi Ramadhan kali ini . Amin … Hari ini ana terlajak Subuh :’( sebabnya ana tidur selepas sahur (untuk redakan sakit perut menjelang tunggu azan) tapi terlajak hingga pagi .. urm .. sedih laa..

                Pagi ini tidak lain dan tidak bukan misi mentelaah buku pula dijalankan . Melipat baju pada tengah harinya . Dan memasak pada sebelah petang . Alhamdulillah juadah berbuka ana mendapat pujian dan sambutan . hehe .. seronok lagi ~ Hari ini juga ana tidak join kak e’ein , kak laila dan adik naziha ke surau Pengkalan Rama . Mereka bertolak ke sana selepas berbuka . Ana pula rancang solat di surau AYAM sahaja memandangkan mandi pun dah lewat , Isyak pun di rumah sahaja .

                 Selepas masing-masing habis berbuka , kak mila sempat berkongsi satu kisah Rasulullah SAW yang sangat sabar menempuh ujian LAPAR . Ana tak sempat mendengar kisah pada mulanya . Namun sempat ana mendengar ..

"Rasulullah sanggup mengikat dua biji bata di perutnya semata-mata untuk mengaburkan pandangan sahabat-sahabat . Baginda juga lapar dan tidak sihat . Namun Baginda diamkan sahaja dan bersabar . Para sahabat mengadu kepada Rasulullah , 'Ya Rasulullah , kami lapar'.  'Sabar,' jawab Rasulullah . Para sahabat setelah itu terdiam apabila mereka menyelak pakaian baginda dan terlihat dua biji bata sedangkan mereka hanya mengikat satu biji sahaja .."

                  Inilah satu sebabnya ana suka duduk di rumah ini . Ceria dan 'berisi' . Ada sahaja cerita yang mereka kongsikan .  Masa berbuka , ada lauk-pauk yang dijual di bazar yang tak pernah ana kenali juga diperjelas oleh kakak-kakak sekalian . Banyak ilmu baru ana dapat ketika bersama mereka . Pasti rindu suasana ini nanti .. urm ..

                Hari ini ana hilang tumpuan sedikit terhadap pengisian tazkirah sebelum sesi tarawikh . Maafkan ana tidak dapat berkongsi dengan kalian . Namun , suka ana kongsikan pengalaman solat tarawikh di sana . Ana sukakan suasana di mana imam bersilih ganti . Daripada situ , ana dapat lihat rupanya ramai dalam kalangan kita berpenampilan biasa tapi beragama . Ana suka dan tertarik dengan personaliti yang mereka bawa . Rata-rata di kalangan mereka hanya kaum mukmin yang biasa kita lihat seharian . Tidak memberi pandangan selekeh mahupun awesome . Biasa-biasa sahaja . Solat ana bertambah indah pabila diimamkan dengan alunan ayat Al-Quran yang cukup merdu J
           
               Sekembali ke kolej , ana kelaparan . Apa lagi .. jamu lagilah lebihan juadah berbuka tadi . Daapt sambutan wa cakap lu .. haha .. Makan bersama adik naziha . Suka dia . Katanya rasa macam KFC . Yang kak mila pula katanya macam mashed potato KFC yang bahagian atas tu .. haha .. kelakar tapi menerima positif pujian tersebut . Biasa-biasa aja laaa ..

                Malam ini meneruskan misi mentelaah buku ilmu . Alhamdulillah entah kenapa ana dapat rasakan mudahnya otak ini menerima ilmu . Dipermudahkan mengingat dan menghafal . Ini kerja Allah . Tak sampai satu jam , ana dapat habiskan membaca dan memahami serta InShaaAllah menghafal fakta 2 bab . Syukur ! Bayangkanlah kalau nak dibandingkan dengan kelmarin . 8 jam untuk 1 bab sahaja . Nauzubillah .. Seksa tu jangan cakap la . Ana syukur , Allah tolong ana . Yay!! :)

                Sebelum ana akhiri kamus Ramadhan 1435H – hari keempat kali ni . Jom sama-sama kita tonton video Islamik bertajuk “Ikhtilat” . Semoga memberi manfaat kepada kita semua . Wallahualam .

http://www.youtube.com/watch?v=t5kQL1ghDww

Semoga bertemu lagi . InShaaAllah . Assalamualaikum wbt .


Kamus Ramadhan 1435H : Day 03

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi .. dengan limpah kurnia-Nya , ana dapat bertemu Ramadhan ketiga buat tahun ini . Sahur tadi ana hanya menjamah tiga keping roti  butterscotch Gardenia dan segelas air . Alhamdulillah cukup buat ana bertahan sehingga waktu berbuka nanti . Pagi  ini ana bakal duduki kertas peperiksaan Human Resource Development (HRM549) . Cuak ada risau ada sedikit takut pun ada .. Gelisah ana dek lemahnya otak untuk menghafal . Doa-doa dalam hati semoga dipermudahkan urusan ana hari ini .

Hari ini , dalam rumah ini , yang bakal menduduki kertas peperiksaan berjumlah 3 orang . Kak laila , adik naziha dan ana . Adik naziha pergi dahulu manakala ana dan kak laila bergerak seiring . Namun , kami berpisah di hadapan bangunan UiTM Bandar Melaka kerana kak laila bakal duduki di bangunan sebelah UiTM . Ucapan semoga berjaya sama-sama dihulurkan .

Alhamdulillah termakbul doa ana . Terima kasih Allah . Terima kasih pada yang mendoakan kejayaan ana di sini , di dunia dan di akhirat . Dipermudahkan urusan , ana dapat menjawab dengan tenang . Betul atau salah , ana serahkan pada Allah . Ana sudah usaha dan ana tawakal . Ada juga soalan yang ana was-was namun ana gagahkan diri perah otak untuk tidak biarkan kertas soalan ana kosong . Pada hemat ana , sekurang-kurangnya nanti ada markah tambahan istimewa atas usaha ana tu . hehe…

Sesudah menjawab soalan , ana bergerak ke The Store . Rancangan ana untuk masak sup ayam hari ini . Meredah hujan . Mujurlah ana pakai sweater . Biar basah badan jangan , jangan basah kepala . Boleh migrain wooo ~ Kononnya beli barang-barang untuk masak sup ayam , akan tetapi memandangkan tiada ayam segar di sana , ana switch plan to sup sayur . Backup plan beli tepung . Manalah tahu tengah-tengah malam kelaparan , boleh masak cekodok . hehe .. Sekembali ke kolej , cuaca kembali terik . Sempatlah kering sedikit pakaian yang basah tadi . Wee~ J

Hari ini tidak rancang untuk ulangkaji sebarang subjek . Kebiasaan pada selepas menduduki sebarang kertas peperiksaan pada satu-satu hari , ana hanya luangkan masa untuk berehat . Memandangkan gap untuk kertas seterusnya ada 2 hari , tidak salah rasanya . Namun , misi membersihkan dan menyusun atur dokumen di dalam laptop kesayangan dijalankan . Dokumen yang diletakkan di dalam folder secara random disusun semula .

Jam 3 petang , ana dapat pelawaan dari seorang kawan untuk sama-sama sertai majlis berbuka puasa dengan rakan sekelas . Mulanya ana tolak pelawaan tersebut memandangkan ana sudah rancang untuk masak dan barang-barang juga sudah dibeli . Akhirnya pada jam 5 petang , ana mendapat pelawaan yang sama daripada seorang teman yang lain , ana terima dan kami bergerak sama-sama ke Restoran Infasha Maju pada jam 6:50 petang .

Alhamdulillah .. walaupun dah langgar diet puasa (hehe..) , syukur kepada Allah ada yang bermurah hati untuk belanja kami makan . Semoga Allah murahkan rezeki beliau . Amin …  Ana berundur lebih awal untuk solat Maghrib di surau AYAM . Alhamdulillah diberi kesempatan untuk luangkan masa dengan mengaji menjelang Isyak dan tarawikh .  Sebelum memulakan tarawikh , tazkirah ringkas Ramadhan disampaikan . Terlalu cepat “imam muda” ini lafazkan , namun sebaris ayat yang menangkap perhatian ana ialah :

         “Sesiapa yang memberi makanan dan minuman kepada orang yang berpuasa , 
                 Allah akan berikan ganjaran minuman dari Telaga Nur di mana orang 
           tersebut tidak akan berasa dahaga lagi selepas seteguk minuman sehingga dia
                                         dimasukkan ke dalam syurga ..”

Ana tidak pasti jika ini adalah sebahagian daripada hadis atau riwayat sahabat . Yang pastinya tazkirah ini memberi kesan kepada ana . Oh ya , hari ini ana tidak tarawikh bersama-sama kakak-kakak yang lain . Kak e’ein , kak mila dan kak laila mereka tarawikh di Masjid Al-Azim memandangkan mereka terus berbuka di sana manakala yang lain berbuka di rumah sahaja . Sekembali daripada tarawikh , rancangan ana untuk meneruskan misi pembasmian lappy . haha ..

                Rancangan sahur ana esok untuk masak sup sayur tu .. risau kubis bunga tu akan cepat rosak kerana kami tidak ada peti ais .InShaaAllah bangun awal . Suka untuk ana kongsikan tentang nasihat daripada seorang kakak; kak mila tentang “Berhijrah”. Sebenarnya beliau berikan nasihat kepada adik naziha yang menuntun motivasi daripada beliau . Ana cuma menumpang dengar sahaja . Namun nasihatnya terkesan di hati ana . Katanya …

“Nak berubah jadi baik ni memang banyak ujiannya . Sebab tu kena istiqamah . Nak berubah ni bukan senang . Nak tengok kawan-kawan kita boleh terima ke tak .. “

Sebelum tamat ,  suka untuk ana kongsikan satu video teladan untuk semua . Ana kongsikan url dan selamat menonton !

http://www.youtube.com/watch?v=hzPAEe_cmFE


Sehingga bertemu lagi ya .. Fi hifzillah . Assalamualaikum wbt  J

Monday 30 June 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 02

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani …

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan kedua . Sahur hari ini hanya makan segelas scrumble Famous Amos ala Nestum dan 2 biji roti kacang merah . Alhamdulillah kenyang dan senak jugalah dibuatnya . hehe ..

Pengisian hari ini tidak berapa memberangsangkan . Mungkin boleh dikatakan sangat tidak memuaskan ? Urm .. L Hari ini ana lost habis . Entah di mana silapnya . Puas ana fikirkan . Diri terasa kosong dan ulangkaji pun ala-ala saja . Bukan ala-ala yang maksudnya kurang ulangkaji tetapi situasinya baca , faham tetapi sukar untuk menghafal . Setiap kali lepas solat , ana doa . Jika ada mereka yang membenci dan meminta bukan-bukan untuk aku , lembutkanlah hati mereka supaya kemaafan ku dapat . Jika ada yang tersinggung dengan diriku tanpa aku sedari , damaikanlah hati mereka . Ana juga ada hantar mesej pada pensyarah kepada subjek yang bakal ana duduki esok . Manalah tahu dalam senyum dalam ketawa , mungkin ada sedikit yang terguris di hatinya .

Ana serik apa sudah jadi ketika ana di Tingkatan 2 . Dek kerana ana terguris dengan sifat ‘pilih kasih’ oleh cikgu dan cikgu juga ada terguris dengan muka masam ana , terjejas ana punya markah peperiksaan . Subjek Sains pula tu . Menyinga mak ana .. huhu . Ana ingat lagi ana jumpa cikgu personally di bilik guru . Ana terangkan prasangka ana dan cikgu maafkan . Cikgu juga minta maaf . Alahai .. kerdilnya rasa cikgu minta maaf pada murid . Lepas pertemuan tu , Alhamdulillah prestasi pelajaran ana dalam subjek pendidikan cikgu semakin bertambah baik . Sungguh , ana tak tipu . Dan sebab tu la bila jadi tak tenteram sebegini ana terus  ingatkan pensyarah ana tu . Alhamdulillah madam juga mendoakan yang terbaik . Madam baik-baik sahaja .

Walau bagaimanapun , hati masih berbaki gelisah . Solat ana kerjakan , doa ana panjatkan . Pada kawan-kawan ana minta maaf . Fikir punya fikir , rupa-rupanya mak rindu ana . huhu .. L  Maafkan anakandamu, bonda .. Tidak pula terluah perkataan rindu daripada mulut mak semasa ana call dia tetapi tiba-tiba hati ana terusik , inilah jawapan kepada kegelisahan ana tu . Terima kasih Allah , terima kasih mak doakan anakandamu di sini J Alhamdulillah , selepas membuat panggilan , ternyata mudah ana menerima ilmu yang ditelaah sejak kelmarin . Syukur !!

Hari ini ana tidak ke bazar . Jam 4 petang dah set time nak masak . SARDIN ! haha . Lama tak memasak , tak berasap dapur . Wee~~ :p Kakak-kakak sekalian ada paper pagi hari ini . Sesudah menjawab exam , mereka terus ke bazar . Tinggallah ana berdua dengan dik naziha . Alhamdulillah diet puasa hari kedua juga menjadi . hehe .. Syukur juga masakan ana mendapat sambutan . haha .. ~hai senangnya dalam hati ..~

Ana baru perasan satu hal selepas call mak tadi , satu per satu khabar gembira ana dapat . Sebelah malamnya pula , tertunai hajat ana nak bertarawikh bersama-sama kakak-kakak rumah ni di Masjid Al-Azim . Boleh dikatakan ramai jugalah . Best sangat rasa . EXCITED! Haha .. Suka ana nak kongsikan bilamana ana diperingatkan Allah SWT tentang dosa-dosa silam ana ketika bersolat . Seperti rasa dipanggil dan terpanggil untuk membetulkan apa yang sudah tersalah , topup dosa dengan pahala . Dengan alunan ayat Al-Quran oleh imam , sebak juga ana dibuatnya  . Urm .. Selepas 8 rakaat tarawikh jemaah dan 3 witir sendirian , kami pulang . Ana pun rasa gembira dengan pelawaan Allah ke masjid kali ini . hehe ..

Esok sahur rancang nak makan lebihan lauk sardin dengan roti seperti menu berbuka tadi dan esok juga bakal ana duduki kertas peperiksaan ketiga untuk semester ini . Doakan ana ya kawan-kawan .  Sebelum tu , ana berminat nak kongsi satu pengisian Ramadhan yang barangkali boleh kita sama-sama amalkan dalam bulan barakah ini .


Sehingga bertemu lagi . InShaaAllah . Fi hifzillah . Assalamualaikum wbt =D


Sunday 29 June 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 01

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani …

Alhamdulillah selamat menjalani ibadah puasa hari pertama Ramadhan 1435H. Tadi sahur dengan kakak-kakak dan seorang adik; naziha . Buka dua meja kecil tu , keliling makan bersama . Tak balik rumah tapi suasana di rumah dihidupkan kat sini . Mungkin sebab berada dengan mereka , homesick tu kurang . hehe .. (maaf mak abah , apa2pun masih rindu mereka)

Sahur tadi makan nasi putih & sup daging yang kirim pada kak mila semalam . Yang lain pun makan nasi putih dengan lauk masing-masing . Ana pun baru tahu yang ada makanan lauk dalam tin yang boleh makan segera . Kak tira makan daging masak ayam rempah . Tengok warna dan rupa , macam sedap jee .. macam sedap je .. (tapi tak rasa pun .. sebab dah kenyang dengan lauk sendiri).  Alhamdulillah puasa pertama tiada masalah pelik-pelik . Biasanya awal-awal minggu puasa ni akan rasa mual-mual, kembung perut (perut kembung sudah tentu .. gemuk! Haha) .

Hari ini pengisian Ramadhan tak begitu merangsangkan . Malas nak study ,  nauzubillah pemalas yang amat . Benar, boleh terasa tenang syaitan diikat . Tetapi tak selesa masih dibelenggu nafsu dalam diri . Pelbagai jenis nafsu . Yang ini NAFSU MALAS . Pergh ! tinggi gila nafsu ni .  Doa dalam hati dan cuba paksa diri untuk study . Walaupun tak lah banyak dibaca tapi masih bersyukur lepas la satu bab selepas struggle dengan kemalasan membaca buku dalam masa 8 JAM . Hah! Lama kan ? Bayangkanlah sendiri macam mana ana melawan dan berperang dengan sifat malas tu . huhu

Rancangan ke bazar di depan Medan Selera Tun Ali tidak menjadi . Selepas setengah chapter ditelaah , sempat la ber-update status di Twitter & Facebook segala . Terlihat di timeline , sahabat-sahabat meluahkan KEKESALAN dan KEKECEWAAN sebab bazar tak buka . Urm ...





                Dalam hati dah risau nak makan apa . Puasa pertama pula tu diuji sebegini . Masya Allah . Namun kerisauan hanya sementara . hehe .. Kakak-kakak kita pelawa ke Bazar Taman Cempaka (berhadapan Tesco Melaka) . Kak laila , kak mila dan kak e’ein ke tempat yang sama tapi selepas itu , mereka terus bergerak ke Masjid Al-Azim – berbuka di sana . Kami; ana , kak tira , kak sya , kak zati dan kak fin naik kereta (kak sya drive) ke sana . Adik naziha jalan kaki ke tapak bazar yang sama dengan rakan sekelas dia . Alhamdulillah berjalan se-round , dapatlah juadah masing-masing . Ana pun sebenarnya tak rasa nak beli apa-apa . Tiada yang menarik hati . Namun , perut masih perlu diisi . Belilah laksam untuk berbuka .

Selesai berbuka , ana bersiap-siap untuk ke surau AYAM . Diri ini menjengah juga ke luar tingkap sejak petang tadi , melihat-lihat ke laman kolej siswa . Bertanya dalam hati ,  tak diteruskan lagi ke tarawikh . Semalam pun naik notis untuk satu malam tu je . Mesej dihantar ke Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) pun tak berjawab . Kesimpulannya , marilah kita sama-sama ke surau AYAM seperti tahun lalu . Disebabkan mandi lewat , ana solat Isyak di kolej dulu sebelum ke sana .

                Setibanya di surau , hati ana terusik . Suasana tak semeriah tahun lalu . Bilangan jemaah tarawikh di ambang Ramadhan tidak seramai tahun lalu . Tahun lalu sampaikan bentang sejadah di tepi-tepi jalan .  Tahun ini , tak sampai jalan pun . Hanya di ruang laman berdekatan pintu surau mukmin sahaja . Terdetik juga adakah mereka sudah tidak punya perasaan untuk bersama-sama meraikan kedatangan Ramadhan . Astaghfirullah Al-Azim . Namun, persoalan terjawab pulang dari tarawikh semasa perjalanan pulang bersama seorang junior yang ana kenali . Ceritanya , ada sahabat kita yang struggle study untuk 2 paper dalam 1 hari . Tak kurang juga yang struggle untuk 4 paper sederet tanpa gap . Ok .

                Mungkin disebabkan sebab-sebab itu , surau AYAM juga tak adakan sesi tazkirah selepas 4 rakaat pertama . Tertunggu-tunggu juga . Seronok dengan kisah Rasululllah , para sahabat dan kisah-kisah teladan yang dikongsi oleh para mukmin di surau . Banyak ilmu dikongsi . Tapi tak mengapalah , masing-masing ada komitmen tertentu barangkali .  8 rakaat 3 witir selesai hari ini . Alhamdulillah .

                Malam ini rancangan study dengan harapan membuahkan hasil . Semoga cekal dan tabah dengan ujian malas dan ujian hati untuk berhenti belajar ni . Oh,  no no no no! huhu..

InShaaAllah kita jumpa lain kali di entri seterusnya .  Sesiapa yang tak baca niat puasa satu bulan tu , jangan lupa baca niat sehari-hari ya J


Assalamualaikum wbt .

Kamus Ramadhan 1435H : Ambang Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani …

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Alhamdulillah penuh rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi dengan izin-Nya , bertemu lagi Ramadhan kali ini . Berdebar rasa hati dari sehari ke sehari sebenarnya , risau barangkali tidak sempat merasa Ramadhan seterusnya . Sebak sangat bila masih diberi peluang berpuasa tahun ini . Yes, dapat topup pahala banyak2 and kuburkan dosa-dosa dahulu .. InshaaAllah , aminnn ..

Tahun ini adalah tahun ke-2 puasa tanpa keluarga . Terasa di perantauan sangat . Padahal Melaka-KL saja pun .. haha .. Ambang Ramadhan hari ini lebih meriah sebenarnya . Serumah dengan akak-akak yang sangat sporting, ceria dan paling penting penampilan dan personaliti mereka . ALLAH NOMBOR SATU . Kekadang diri ini dijengah rasa malu dan rendah diri , mereka mampu istiqamah dengan penampilan dan pembawakan Islamik dan Muslimah mereka , namun tidak pada ana . Apa-apa pun Alhamdulillah masih diberi kesempatan belajar dan terus belajar .  Tidak sempurna tapi InShaaAllah bertambah baik . Aminn ..

Petang tadi dah berborak nak sahur apa , buka apa , macam mana ? (beli ke masak ke .. oopss..) duk kolej kan? Haha .. Gerai makan kat bawah kolej memang sure tak buka , dah ditanya . Mereka semua niaga di bazar . Rezeki periuk  nasi mereka lebih di sana . Rancangnya , ana yang nak masak tapi lepas masing-masing pulang dari tarawikh , kak e’ein, kak mila, kak laila, kak zati n kak tira singgah ke Apartment Yayasan Melaka (AYAM) beli juadah sahur . ana dan lain-lain kirim juga lah . hehe ..

Kisah tarawikh di ambang Ramadhan 1435H sebenarnya isi rumah  ni dah berkira-kira seminggu sebelum pengumuman puasa lagi . Rancangan nak tarawikh di mana . ana pada dasarnya mahu cuba ‘tempat baru’.  Last Ramadhan di AYAM . Akak-akak sebilik pun ada mencadangkan nak ke Masjid Al-Azim , perjalanan dengan kereta kak e’ein la . Berbelah hati juga nak pergi mana . Semua tempat BEST! Hehe .. Lastly, dek naziha kita beritahu ada naik notis tarawikh di kolej siswa Tun Mamat . Turun bawah , tengok perincian , ya .. majlis mula jam 8.15 malam . Hatta dengan itu , ana buat keputusan bertarawikh di kolej TMM sahaja la . Kak e’ein , kak mila , kak zati , kak tira and kak laila – satu kereta pergi ke Masjid Al-Azim . Cemburu dan teringin sebenarnya . huhu .. Tak apalah (pujuk hati sendiri..) InShaaAllah ada rezeki , dipanjangkan umur , merasa la tarawikh di sana sebelum habis paper (musim final examination sekarang ni).

Di TMM , tarawikh 8 rakaat berserta 3 witir . Alhamdulillah sambutan yang sangat menggalakkan . Beristighfar sekejap sebenarnya setibanya di laman TMM , sangka ana tidak seramai itu yang akan hadir . Almaklumlah , musim final . Ada yang mahu tumpu pada ulangkaji . Almaklumlah semester ini khabarnya ada yang kena duduki 2 paper dalam 1 hari . Semoga mereka kuat dan kental la dengan ujian Ramadhan ni . ana setakat ini , tak pernah lagi diuji 2 paper dalam 1 hari . Paper sederet tanpa gap hari ada laa ..

Subhanallah tarawikh malam ni diimamkan bakal-bakal suami terpilih . Hah … cantik ayat ! Eh , betul la . Siapa saja yang memberanikan diri untuk mengimamkan berpuluhan siswa dan siswi untuk tarawikh ambang Ramadhan yang ana kira pertama kali dibuat selama ana di sini.  Imam bersilih ganti , namun jemaah tidak berkurangan sehingga ke akhirnya . Alhamdulillah .

Pulang dari tarawikh , rancang untuk terus study . Harapan menjadilah niat tu .. hehe .

Oh ya. Handphone ana rosak masuk air pagi semalam sebelum keluar untuk my 2nd payyyy-per . Pergh ! Ujian sungguh . Sebabnya baru kelmarin hantar servis Nokia repair LCD screen . Melayang RM170 . Ujian , ujian , ujian . Astaghfirullah Al-Azim .. Semalam  hp tu ‘ter-terjun’ dalam lubang jamban . Mula-mula on boleh je . Lama-lama terpadam sendiri . ana beritahu kesayangan dan ana pasti dia kecewa sebab dua kali rosak dalam masa terdekat dan seolah-olah ana tak hargai , tak pandai jaga barang L . Kesayangan yang bagi tu .. Urm ..

ana berundur dulu laa .. sebelum lagi banyak kekecewaan disuarakan .. hehe ..

Sehingga bertemu lagi . Selamat berpuasa , bersahur dan beribadah Ramadhan 1435H ya J . Jangan lupa niat puasa ya!





Assalamualaikum wbt.