Sunday 6 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 08

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani …

Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah Ramadhan ke-8 . Sahur hari ini , ana makan LEMPENG ! Yay ! First time sebenarnya masak lempeng . hehe .. Alhamdulillah menjadi . Semalam kan ana masak cekodok untuk supper isi rumah . Sesudah masak cekodok , ana masaklah lempeng . Kan bancuhan lempeng lagi cair dari bancuhan cekodok . Sahur lempeng bersama inti pandan . It was marvellous!

Alhamdulillah hari ini tidak terlajak Subuh lagi . Jarum pendek hampir ke nombor 7 , kak e’ein tolong kejutkan dari tidur yang  lena itu untuk solat Subuh . Alhamdulillah .. Sesudah Subuh , ana sambung tidur semula . Rancang hari ini untuk habiskan baki bab yang belum ditelaah untuk  kertas peperiksaan Recruitment and Selection (HRM542).  Hari ini , satu rumah ana bakal duduki kertas peperiksaan pada masa yang sama cuma subjek berbeza . Astaghfirullah Al-Azim , cubaan bulan puasa .. punyalah mengantuk sampai terlentuk-lentuk ana menelan fakta buku setebal 766 halaman itu . Penyudahnya , ana ikhtiar untuk baca slides sahaja .

Subhanallah kertas peperiksaan hari ini berwarna hijau ya sahabat-sahabat sekalian . Kata orang warna menunjukkan tahap kesusahan , namun ana tak percaya . Kata kakak ipar ana – seorang pensyarah di kampus Segamat , warna tidak menjadi kayu ukur kesusahan . Dan apakan daya soalan hari ini punyalah susah . Semester 2 dahulu pernah tinggal satu soalan dengan markah 10 dan ana repeat L (tiada rezeki barangkali) . Kali ini ana tinggal 3 soalan dengan 10 markah setiap satunya . Ana tawakal , ana redha . urm …

Hari ini perancangannya untuk berbuka di luar . Alhamdulillah sebagai memori terakhir bersama isi rumah . Kami membeli juadah berbuka puasa di tempat berasingan iaitu AYAM dan Bazar Ramadhan Peringgit dan berbuka puasa di Dataran Pahlawan . Ber-picnic sangat tau .. Seronok . Kenangan terindah . InShaaAllah .. Jam 8.15 malam kami berpecah . Ada yang solat Maghrib di Masjid Selat dan ada yang terus pulang dan bersolat di rumah termasuklah ana J

Rancangan malam ini untuk kemas barang memandangkan hanya tinggal satu kertas peperiksasan sahaja lagi tapi nampaknya seperti ingin ditangguhkan niat ke esok hari . Mengantuk . Penat barangkali kerana memerah otak petang tadi . Seawal jam  11 malam , izinkan ana beradu dahulu ya . Sebelum tamat , suka untuk ana kongsikan sedikit kata-kata nasihat dari kak e’ein kepada kak mila yang sempat ana curi dengar .. (curi dengar perkara kebaikan , tak salah kan?)

“… Walaupun Allah tahu kita nak doa apa , kita nak apa , 
tapi Allah Maha Pendengar .. kau kena specific cakap apa
kau nak …”


InShaaAllah dipanjangkan umur bertemu lagi . Assalamualaikum wbt J

No comments:

Post a Comment