Tuesday 8 July 2014

Kamus Ramadhan 1435H : Day 10

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah Ramadhan 10th day . Hari ini hanya bersahurkan scrumble Famous Amos . Segelas yang terakhir . InShaaAllah cukup untuk berpuasa sepanjang hari . Selepas sahur , tidur sebentar dan … :’(

Hari ini tidak banyak yang ana lakukan . Mentelaah beberapa slides untuk kertas peperiksaan terakhir Khamis petang ini . Sangka ana dulu subjek Labor Law ini adalah killer subject . Subhanallah , sangkaan ana meleset . Sebenarnya tidaklah sesusah yang disangka . ‘Subjek pembunuh’ sebenarnya HRM549 & HRM542 . huhu … Seperti biasa sebelum ulangkaji , ana akan selak set soalan semester yang lepas . Alhamdulillah , dengan ingatan dan fokus di dalam bilik kuliah (tanpa merujuk slide lagi) , ana mampu menjawab soalan-soalan tersebut . Apa-apa pun ana perlu ulangkaji juga untuk memantapkan lagi pengetahuan dan skill menjawab soalan nanti .

Hari ini tidak ke bazar dan hanya kirim pada kak tira untuk belikan laksam . Alhamdulillah rezeki ini Allah bagi . Sedap dan banyak kuantitinya berbanding laksam yang dijual di Bazar Taman Cempaka . Tambah ana mahu beli sayur sebagai supper nanti tapi tak mengapalah . Hari ini kak tira , kak fin , kak sya dan kak e’ein ke Bazar Peringgit .

Di sebelah malamnya , ana bertarawikh ke surau AYAM . Alhamdulillah kali ini ana sudah dapat lihat wajah si imam muda yang buat ana jatuh cinta dengan alunan bacaan ayat Al-Quran beliau . Subhanallah Maha Suci Allah , setiap kejadian itu ada hikmahnya . Walau kadangkala diimamkan dengan bacaan yang agak panjang , namun kerana tertarik dengan bait-bait ayat suci kalam Allah , ana tidak berasa jemu malahan juga tidak berasa penat untuk solat berjemaah di sana .

Malam ini tidur lebih awal . Esok rancangan ana untuk mengemas sedikit dan membasuh bilik air . Almaklumlah ana pulang lebih awal daripada isi rumah yang lain nanti . Segan pula sebelum keluar , tidak berbuat apa-apa untuk clearance kan ? Memang di rumah pun , memang itu bidang kerja ana .. membasuh bilik air … hehe .. :)

Seperti biasa , ana kongsikan url video dakwah Islamik  untuk tontonan semua . Yang baik jadikan teladan , yang tidak / kurang baik jadikan sempadan . 
                 
                 “Best Friend Till Jannah”



Sehingga bertemu lagi . Fi hifzillah . Assalamualaikum wbt :)

1 comment: